Pokok akar saga atau Akar Belimbing, Saga Kenari, Saga Akar, Saga Betina
[1] , Saga Laut
[2], atau
pokok tasbih (Abrus precatorius) (
bahasa Inggeris: Jequirity, Black-eyed Susan, Rosary Pea atau Indian Licorice) adalah sejenis tumbuhan
legum yang mempunyai daun-
daun pinat yang kecil. Bijinya banyak digunakan sebagai manik serta di dalam peralatan muzik. Bijinya amat be
racun tetapi kurang berbahaya jika ditelan memandangkan biji saga mempunyai lapisan kulit yang tebal.
Toksin yang terkandung di dalam biji saga mempunyai hubungan rapat dengan sejenis
ricin dipanggil abrin. Ia merupakan sejenis
dimer yang terdiri daripada dua
subunit protein, dinamakan jenis A dan B. Rantaian B berfungsi mengangkut abrin ke dalam sel dengan mengikat kepada beberapa protein pengangkutan ke membran sel, yang kemudian mengangkut toksin tersebut ke dalam sel. sebaik sahaja berada di dalam sel, rantaian A mencegah
sintesis protein dengan menyahaktifkan sub-unit 26S di dalam
ribosom. Satu molekul abrin boleh menyahaktifkan sehingga 1,500
ribosom sesaat. Tanda-tanda keracunan adalah sama seperti ricin, kecuali dos maut bagi ricin adalah lebih kurang 75 kali ganda daripada dos maut abrin. Abrin boleh membunuh dengan jumlah edaran kurang daripada 3 μg (
mikrogram).Biji saga sangat dihargai sebagai barang kemas asli disebabkan warnanya yang terang. Biji ketiga dengan hilum (kesan pemasangan) berwarna hitam, manakala yang lain pula berwarna merah terang, seolah-olah
kumbang kura-kura. Pembuatan barang kemas dengan biji saga adalah berbahaya, dan sudah terdapat kes kematian akibat luka pada jari semasa menebuk biji tersebut untuk dijadikan manik. Walau bagaimanapun, biji saga sudah lama dianggap sebagai simbol cinta di negara China.